Daftar STR 2024 – Semakan Kelayakan dan Kelulusan
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, Cara Daftar STR Jumlah Bayaran STR dan Jadual Tarikh Bayaran, Syarat dan Kelulusan Permohonan, Semakan Status STR, Login dan Log Masuk Kemaskini BTR | Cara Rayuan STR
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.
APA ITU MySTR
MySTR merupakan portal rasmi pendaftaran buka akaun, permohonan baru dan semakan status dengan login secara online di portal lembaga hasil lhdn malaysia dengan sertakan dokumen sokongan STR yang diperlukan
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.
Pemohon yang lulus permohonan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023
CARA BAYARAN DUIT STR FASA 1
Berikut adalah merupakan kaedah bayaran STR Fasa 1 mengikut katagori iaitu:
- Ada Akaun Bank: Mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
- (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022)
- Tiada Akaun Bank
- Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
KADAR BAYARAN STR FASA 1
Berikut adalah kadar bayaran BKM yang akan diterima oleh penerima yang layak mengikut katagori:
- Isi Rumah: RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM100
- Bujang: RM100
ADAKAH PENERIMA BKM PERLU DAFTAR MySTR?
Tidak perlu daftar, anda hanya perlu Login menggunakan Kata Laluan MyBKM 2022 untuk log masuk ke dalam akaun MySTR 2023.
CARA DAFTAR MySTR (Pengguna Kali Pertama)
Kepada anda penerima STR tunai yang ingin mendaftar MySTR, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- Pada lama utama, klik pada No MyKad. Masukkan no MyKad anda dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023 dan klik Semak
- Sekiranya anda masih belum mendaftar akan terkeluar paparan ‘ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar’ kemudian klik Daftar.
- Anda dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan keselamatan iaitu:
- Apakah poskod yang telah didaftarkan?
- Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
- Apakah No Telefon yang telah didaftarkan?
- Kemudian di bahagian pendaftaran, masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama
- No Pengenalan
- Kata Kunci Keselamatan
- Jawab 5 soalan yang diberikan (penting sekiranya anda terlupa kata laluan nanti)
- Setelah lengkap semuanya klik daftar.
- Selesai, paparan akan menunjukkan ‘Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu STR’
CARA LOGIN MySTR
Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk emmbuat semakan status anda iaitu:
- Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. 2. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
- Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran Fasa 1.
- Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
NOTA: MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar MySTR ini, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
Advertisement