Cara Daftar dan Pengeluaran Online myASNB Terkini

Urusan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menjadi lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh unit amanah itu.Antaranya, semua urusan termasuklah menambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit tidak lagi menggunakan buku pelaburan.

Sebaliknya pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan di kaunter ASNB, sama ada cawangan atau ejen ASNB yang dilantik.Selain itu, pelabur juga kini mempunyai pilihan dalam membuat semakan baki termasuk kemaskini dan menambah pelaburan dengan menggunakan transaksi ASB secara online dengan hanya mendaftar menerusi portal MyASNB. Bukan sahaja ASB, portal ini juga memberi akses kepada unit amanah saham yang lain di bawah ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Cara Mendaftar ASB Secara Online Di Portal MyASNB

Sebelum mendaftar di MyASNB, sila hadir ke cawangan atau ejen ASNB untuk perkara berikut:

  1. Mendapatkan no akaun 12 digit
  2. Kemaskini no telefon bimbit untuk penghantaran TAC
  3. Pelabur ASB akan diberi satu nombor akaun unik yang mempunyai 12 digit untuk pelaburan mereka dalam mana-mana unit amanah ASNB.
  4. Nombor akaun 12 digit ini akan menjadi rujukan apabila pelabur berurusniaga dengan ASNB tidak kiralah samada untuk pelaburan dalam ASB, ASB2, ASM, ASN, ASN 2 atau unit amanah ASNB yang lain.

Daftar di Portal MyASNB

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor akaun 12 digit berkenaan untuk pelaburan dalam unit amanah ASNB selain ASB, anda boleh menggunakan nombor berkenaan untuk mendaftar di MyASNB. Jangan lupa, kemaskini maklumat peribadi anda apabila anda berada di Cawangan/ ejen ASNB.Lengkapkan Pendaftaran Portal MyASNB anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan ASNB. Selepas mendapat nombor akaun 12 digit dan mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah ke portal MyASNB untuk mendaftar.

  1. Sila klik : https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada pautan Daftar Di Sini di Portal MyASNB
  3. Langkah 1 : Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB
  4. Langkah 2 : Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB
  5. Langkah 3 : Aktifkan akaun myASNB anda
  6. Langkah 4 : Mula melabur dalam unit amanah ASNB termasuk semakan ASB online serta unit amanah ASNB yang lain dan kemaskini

Nota: Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.

Pengeluaran ASB Online

  1. Daftar dulu sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB.
    Tekan DAFTAR dan isikan maklumat pengguna
  2. Login macam biasa bila dah daftar. Masukkan ID dan KATA LALUAN.
  3. Klik menu PORTFOLIO
  4. Klik butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
  5. Pilih JUALAN BALIK
  6. Baca dan fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
  7. Masukkan jumlah berapa RM yang kita nak keluarkan duit ASB tu.
  8. Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
  9. Tekan butang TERUSKAN
  10. Klik PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
  11. Masukkan nombor TAC yang diterima itu.
  12. Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan.
  13. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja.
  14. Selesai!

Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Waktu Operasi

Untuk pengetahuan, waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:

  • Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang);  
  • Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.

Aplikasi myASNB

Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.

Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:

i) Google Playstore: Muaturun Klik Sini

ii) Apply Apps Store: Muaturun Klik Sini

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

Baca Juga : Cara Dapatkan Percuma Telefon, Data & Kandungan Pendidikan melalui Program Jaringan Prihatin 2021

MOGA BERMANFAAT | PLZ SHARE!!! | SEMAK SEKARANG …



(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Comment