Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM

Kemaskini!! Cara Kira Markah Merit SPM/UPU/Matrikulasi | Cara Pengiraan Merit UPU bagi kemasukan Universiti Awam sudah menjadi keutamaan kepada semua pelajar lepasan SPM dan Setaraf. Oleh itu , berikut di tunjukkan panduan cara pengiraan merit UPU bagi kemasukan Univeristi Awam. Dibawah diberikan Contoh dan Panduan cara Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM/Setaraf Menggunakan Kalkulator Merit

Kemasukan pelajar ke Universiti Awam/ IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/ setaraf berpandukan prinsip meritokrasi. Meritokrasi bermaksud 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM) 2021 

Menerusi cara pengiraan Merit UPU kemasukan Universiti Awam bagi lepasan SPM, calon perlu ketahui dahulu dasar dan kriteria pemilihan kemasukan ke UA. Selain itu, menerusi pengiraan merit UPU juga akan membantu proses penentuan aliran 

1) Dasar dan Kriterian Pemilihan

Menerusi dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai mengikut komponen 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan kemasukan bagi lepasan SPM/ STPM adalah sepertio berikut:-

  • Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  • Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES); (bagi permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA)
  • Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
  • Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
  • Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA;
  • Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian;
  • Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
  • Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

2) Proses Penentuan Aliran

Bagi proses penentuan aliran bagi kemasukan ke Universiti Awam, penentuan Aliran dibahagikan kepada dua aliran iaitu:-

  • Aliran Sains
  • Aliran Sastera

Kaedah penentuan aliran ini adalah dengan menggunakan 4 daripada 5 matapelajaran utama seperti:-

I. Bagi Aliran Sains

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau mata pelajaran berikut:-
    • Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Reka Cipta
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Ekonomi Rumah Tangga 
    • Teknologi Maklumat
    • Prinsip Akaun
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asa
    • Sains Pertanian
    • Pengajian Agro Teknologi
    • Pengetahuan Sains Sukan 

II. Bagi Aliran Sastera 

  • Bahasa Malaysia
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pengajian Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral

Nilai Gred Mata pelajaran Bagi Lepasan SPM

Nilai Gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan merit adalah seperti berikut:-

  • A+ : 18 markah
  • A : 16 markah
  • A – : 14 markah
  • B+ : 12 markah
  • B : 10 markah
  • C+ : 8 markah
  • C : 6 markah
  • D : 4 markah
  • E : 2 markah
  • G : 0 markah

Menerusi Gred permarkahan ini, calon boleh mengira sendiri secara dasar kelayakan untuk anda memasuki ke Universiti Awam mengikut keputusan yang diperolehi. Mungkin ada sedikit perbezaan pengiraan mata merit tetapi ianya boleh menjadi salah satu kayu ukur untuk mengetahui tahap kelayakan calon. 

Bagi pengiraan merit markah akademik 90 markah bagi 5 matapelajaran UTAMA manakala, 30 markah adalah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain. Markah keseluruhan merit bagi akademik adalah 120 markah.

Kaedah Pengiraan Merit SPM

Pengiraan mata merit bagi pelajar lepasan SPM bagi melayakan diri ke UA adalah seperti berikut:-

Link kiraan markah merit (jangan lupa tambah Markah PAJSK):-

Bagi Aliran SASTERA => https://online.mohe.gov.my/upucity/merit/sastera

Bagi Aliran SAINS => https://online.mohe.gov.my/upucity/merit/sains

KALKULATOR MERIT 

Membolehkan calon lepasan SPM membuat kiraan markah merit menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum)

UNTUK PENGIRAAN TERUS DI LAMAN RASMI PORTAL KEMASUKAN PELAJAR IPTA – KLIK SINI

INFO PENTING :

Advertisement


(Visited 2,278 times, 2 visits today)

24 Pingbacks

Leave a Comment