Login MySTR – Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Cara Login MySTR | BTR 2023 Terkini | Log Masuk Semakan status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah – https://bantuantunai.hasil.gov.my | https://btr.hasil.gov.my | Log Masuk Bantuan Tunai Rakyat | Semak Lulus atau Tidak | Jadual Tarikh Bayaran FASA 1 | Semakan STR LHDN 2023 | Terlupa Kata Laluan MySTR | Lupa Password STR | Cara Permohonan Rayuan STR
TERKINI !
TERKINI: Bantuan Tunai Rakyat dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Dibayar Mulai ESOK 17 Januari 2023 (Selasa) – Semakan Status Kelulusan STR | Login STR 2023
RM300 : Isi Rumah
RM100 : Warga Emas Tiada Pasangan
RM100 : Bujang
Info Lanjut dan Cara Semakan Status:
https://www.semakan.online/sumbangan-tunai-rahmah-str/ – Server 1
https://ekerajaan.com/sumbangan-tunai-rahmah-str/ – Server 2
Log Masuk Semakan status – https://bantuantunai.hasil.gov.my.
PERMOHONAN STR TIDAK LULUS ? – IKUTI LANGKAH UNTUK RAYUAN DAN KETAHUAI KOD ALASAN TIDAK LULUS/LAYAK – KLIK DISINI @ https://ekerajaan.com/rayuan-str/
1. Login MySTR
Ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk log masuk BTR seperti di bawah:
- Layari portal rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad anda
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 910501-01-5437, masukkan 910501015437
- Tekan butang Semak
- Sila ambil perhatian. Akan ada dua situasi di sini semasa dalam proses login STR:
- Yang pertama, jika ada belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Maka, anda perlu buat pendaftaran STR terlebih dahulu.
- Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login STR
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan Bantuan Tunai Rakyat
- Selesai
2. Akaun MySTR disekat?
Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, jangan menggelabah.
Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 10 minit.
Selepas itu, cuba login sekali lagi.
3. Selepas Login MySTR, Perlu Buat Apa?
Ada banyak sebab seseorang itu perlu login STR selepas pendaftaran berjaya. Jangan ingat selepas selesai daftar, anda tidak perlu buat apa-apa. Pemohon bertanggungjawab untuk melengkapkan permohonan dan menyemak dari semasa ke semasa.
Selepas login STR, anda boleh melakukan perkaran-perkara berikut:
- Mohon STR
- Kemaskini STR
- Semak status permohonan STR
- Semak status kelulusan sTR
- Semak bayaran sTR
4. Masalah Log Masuk MySTR
Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login STR:
- Portal STR jem, tak boleh masuk
- Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal STR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
- Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login STR dalam masa yang sama.
- Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
- Keluar error“ID pengenalan belum didaftarkan”
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Keluarga Malaysia atau bantuan-bantuan sebelum ini
- Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
- Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun STR
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk STR
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Maklumat lanjut berkenaan STR
Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login STR, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline STR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
=> Untuk Daftar dan Semakan Status Disini
=> Cara Kemaskini MySTR Online DiSini
Advertisement