Cara Mohon dan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2021 dan 2022 boleh dibuat secara online bagi Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dilakukan secara hadir sendiri (walk-in).

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2021/2022

Maklumat mengenai permohonan Pendaftaran Online Tahun 1 2021/2022 kemasukan Tahun 1 ambilan 2021/2022 adalah seperti berikut:

  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).
  • Dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020
  • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
  • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
  • Kemasukan Tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
  • Kemasukan Tahun 2022 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
  • Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 (eDR)

2. Permohonan secara manual melalui sekolah.

Permohonan secara dalam talian

  • Dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020
  • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
  • Layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian
  • Borang yang lengkap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada sekolah yang dipohon beserta dengan senarai semak yang dinyatakan di dalam borang permohonan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan

Permohonan secara manual

  • Dibuka mulai 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020
  • Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon
  • Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan

Semakan Keputusan Permohonan Online Tahun 1 Ambilan 2021

Ibubapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran secara online tahun 1 ambilan 2021 boleh membuat semakan keputusan disini

Sistem Aplikasi Semakan Permohonan Tahun 1 SPATKPM

Maklumat Tentang Sekolah Rendah

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my/index.php/my/sekolah/sekolah-rendah

Pendaftaran 2020 : Pendaftaran Online Tahun 1 2020/2021

Perlu diingatkan bahawa permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak. 

MOHON SEGERA!!

Advertisement


(Visited 62 times, 1 visits today)

Leave a Comment