Cara Mohon dan Semak i-Sinar | Semakan Tarikh Bayaran 2021

KEMASKINI!! | JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR

Tarikh Bayaran iSinar Bulan Mei | Jun

Menurut Facebook KWSP, bayaran i-Sinar bulan Mei akan dibuat mulai 3 Mei secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.

SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR KWSP MELALUI i-AKAUN KWSP

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari, dan bulan Mac dan April juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Selepas Membuat Pindaan

Ada yang baru lulus permohonan pindaan amaun I-Sinar?

Bagi yang dah buat pindaan, (contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon).

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Mei 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar April dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar

SOALAN LAZIM

Bilakah pembayaran i-Sinar pada Bulan Jun?

  • Anda boleh semak tarikh pembayaran i-Sinar bulan Jun melalui i-Akaun KWSP

Kenapa pembayaran i-Sinar saya gagal kredit?

  • Anda mungkin tersalah letak nombor akaun atau akaun anda tidak aktif

Kenapa saya masih tidak dapat bayaran bulan Mei  yang diawalkan?

  • Sila hubungi KWSP untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar iaitu 03-89224848.

Macam mana nak check tarikh pembayaran i-Sinar bulan Jun dengan tepat?

  • KWSP juga memaklumkan status pembayaran terkini boleh diperolehi melalui i-Akaun (ahli)

Apakah talian hotline i-Sinar?

  • Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar iaitu 03-89224848.

Kenapa duit i-Sinar belum masuk?

  • Proses pengkreditan ke akaun ahli KWSP mengambil masa sehingga 5 hari bekerja.

Adakah mungkin duit i-Sinar masuk selepas waktu bekerja?

  • Ya,duit i-Sinar mungkin masuk ke akaun bank sehingga jam 10 malam.

Adakah duit i-Sinar bulan Jun akan  masuk awal?

  • Sila semak i-Akaun anda.Ia akan dimaklumkan kelak oleh KWSP.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP.

KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas.

Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.

Pengeluaran kemudahan i-Sinar ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.

Untuk makluman, dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November yang lalu, beliau menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar akan dibenarkan berjumlah RM500 sebulan yang memberikan manfaat kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.

Dengan pengumuman terbaharu daripada KWSP ini, lebih ramai pencarum layak untuk memohon kemudahan i-Sinar dan permohonan tersebut akan dibuka mulai Disember 2020.

Kemudahan i-Sinar ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula daripada tarikh pertama pengkreditan.

Kategori Individu Layak Memohon

KWSP memaklumkan terdapat dua kategori pencarum yang layak untuk memohon kemudahan i-Sinar iaitu:

  1. Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
  2. Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Syarat Kelayakan

Bagi kategori 1, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Untuk kategori 2, syarat kelayakan untuk kategori ini adalah pencarum perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu:

  • Slip gaji sebelum atau selepas pengurangan pendapatan.
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Kadar Pengeluaran i-Sinar KWSP

Umumnya, akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kemudahan i-Sinar ini terbahagi kepada dua kriteria iaitu:

  • Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000.
  • Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.

Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.

Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.

Contoh Situasi iSinar

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, sila rujuk jadual dibawah mengenai contoh berikut:

  1. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah
Baki Akaun 1Pendahuluan Bulan PertamaMaksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM4,500Sehingga RM4,400RM4,400
RM10,000Sehingga RM5,000RM10,000
RM70,000Sehingga RM5,000RM10,000

2. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM100,000 ke atas

Baki Akaun 1Pendahuluan Bulan PertamaMaksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM100,000Sehingga RM10,000RM10,000
RM500,000Sehingga RM10,000RM50,000
RM800,000Sehingga RM10,000RM60,000

Permohonan Baru

Permohonan baru boleh dibuat melalui portal rasmi iSinar Online mulai 8 Mac 2021.

Status kelulusan akan diumumkan selepas 5 hari waktu bekerja.

Permohonan baru hanya untuk ahli yang belum membuat permohonan sahaja.

Ahli yang memohon sebelum ini hanya boleh mengemaskini / meminda amaun pengeluaran sahaja.

Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar

KWSP dalam pemberitahuan di laman sosial berkata, kemaskini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, melakukan pembetulan.

“Jika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online.

Caranya:

  1. Layari portal i-Sinar ( iSinar.kwsp.gov.my ) dan klik ‘Semak Status Permohonan’
  2. Masukkan No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkan
  3. Paparan status ‘Permohonan Sedang Diproses’ akan ditunjukkan, klik ‘Kemas Kini Dan Muat Naik Dokumen’
  4. Isikan semula amaun pilihan yang baharu
  5. Kemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahan
  6. Muat Naik Dokumen Sokongan di Maklumat Pengurangan Pendapatan dan klik ‘Teruskan’
  7. Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar

“Ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.

“Tetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan,” kata kenyataan itu.

Siapa Yang Tidak Layak Memohon iSinar

Hanya dua kategori ahli KWSP yang tidak layak memohon pengeluaran iSinar iaitu:

  • Baki Akaun 1 kurang dari RM150
  • Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas

Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Advertisement


(Visited 72 times, 1 visits today)

Leave a Comment