Cara Mohon dan Semakan Status MySalam | Skim Perlidungan Takaful Percuma

Permohonan, Tuntutan dan Semakan Status Skim Perlindungan Nasional – MySalam

Tahukah anda apa itu MySalam? mySalam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberi oleh Kerajaan untuk perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Syukur kepada Allah, dengan adanya mySalam ini dapat mengurangkan bebanan kepada warga yang dalam kekurangan dari segi kewangan.

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam ini?

Sedia maklum, Kerajaan mengambil berat tentang rakyatnya, Oleh itu Kerajaan telah sediakan satu skim pelindungan kesihatan sosial untuk bantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Wang diperuntukan untuk program mySalam

Untuk dana permulaan, tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Anda boleh baca Soalan Lazim DISINI

Kelayakan MySalam

  1. Penerima BSH atau BPN layak automatik mySalam
  2. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  3. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
  4. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Cara Mohon dan Semak MySalam

Untuk mendaftar di bawah Skim Perlindungan MySalam ini, anda dikehendaki mengisi maklumat No Kad Pengenalan di ruangan ‘ SEMAK KELAYAKAN’ untuk menentukan kelayakan anda terlebih dahulu. Klik Sini untuk Semakan Kelayakan Anda

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :

Wilayah Persekutuan

  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Ampang
  3. Hospital Putrajaya
  4. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  5. Institut Kanser Negara (IKN)

Selangor

  1. Hospital Selayang
  2. Hospital Kajang
  3. Hospital Serdang
  4. Hospital Sg. Buloh
  5. Hospital Kuala Kubu Bahru
  6. Hospital Banting
  7. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  8. Hospital Tanjung Karang
  9. Hospital Sabak Bernam
  10. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perak

  1. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  2. Hospital Seri Manjung, Manjung

Pulau Pinang

  1. Hospital Umum Pulau Pinang
  2. Hospital Seberang Jaya
  3. Hospital Bukit Mertajam

Kedah

  1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  2. Hospital Kulim

Perlis

  1. Hospital Tuanku Fauziah

Kelantan

  1. Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  2. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

Terengganu

  1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  2. Hospital Besut

Pahang

  1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Johor

  1. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  2. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
  3. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Sarawak

  1. Hospital Umum Kuching
  2. Hospital Sibu
  3. Hospital Bintulu

Sabah

  1. Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
  2. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
  3. Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Cara Tuntutan MySalam

Langkah untuk buat tuntutan MySalam

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

45 Senarai Penyakit Yang Boleh Dituntut

  1. Alzheimer/ Demensia teruk
  2. Angiolplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningtis Bakteria
  4. Tumor Otak Benign
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomipati
  9. Anemia Aplastik Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS gejala penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV
  21. Kegagalan Buah Pinggang
  22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  23. Hilang keupayaan bertutur
  24. Trauma kepala major
  25. Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Lumpuh anggota badan
  30. Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmoneri Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/ Angin Ahmar
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistematik
  36. Kelecuran Tahap 3
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Penyakit Untut
  45. Penyakit Lembu Gila

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

MySalam & COVID-19

Terkini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke was disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di info@mysalam.com.my atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Baca Juga : BPR Tambahan PEMERKASA PLUS : Cara Semak dan Mohon Bantuan RM500 Untuk B40 | RM100 Untuk Bujang



(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Comment