Cara Mohon Online Kemasukan Asasi MARA Ambilan Julai 2022

TERKINI!! IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PENGAJIAN PERINGKAT ASASI KOLEJ MARA AMBILAN JULAI TAHUN 2021

PENGENALAN

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terpilih.

Program Asasi Kolej MARA Tahun 2021 merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) http://apponline.mara.gov.my/upimonline selama 65hari bermula 26 April 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Calon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (Frequently Asked Question–FAQ) yang dimuat naik di portal MARA dan portal UPIM bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Asasi Kolej MARA Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan berkenaan dengan permohonan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM),

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2021 pada jam 11:59 malam.

Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan program Asasi Kolej MARA ini dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM selewat-lewatnya 5 Julai 2021 (Isnin) pada jam 3:00 petang.

Tawaran semakan keputusan adalah MUKTAMAD.

Permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej selepas keputusan ditawarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Sebarang permohonan rayuan bagi pelajar yang tidak ditawarkan keputusan perlu dikemukakan secara atas talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang http://apponline.mara.gov.my/upimonline.

Baca Juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM DiBuka Untuk Permohonan

Baca Juga : Cara Mohon Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) Ambilan Julai 2021

IKLAN PENUH DAN CARA MEMOHON KLIK SINI

Advertisement


(Visited 248 times, 1 visits today)

One Pingback

Leave a Comment