Cara Mohon Percuma Telefon, Data & Kandungan Pendidikan | YES PRIHATIN

Kerajaan telah mengumumkan , Dibawah inisiatif Jaringan PRIHATIN daripada kerajaan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih memuaskan, YES sebagai salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia telah memperkenalkan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu.

Ia merupakan hasil kerjasama YES dengan YTL Foundation dan juga FrogAsia. Dibawah pelan ini, mereka menawarkan telefon pintar, pelan data, dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran atau deposit.

Melalui penawaran percuma ini, ia membolehkan para pelajar untuk kekal berhubung dengan tenaga pengajar secara digital dengan lebih efektif dan seterusnya memastikan pembelajaran mereka tidak tercicir. Kini, masalah tidak cukup peranti atau rangkaian internet yang tidak memuaskan bukan lagi alasan untuk pelajar tidak menyertai kelas atas talian.

Oleh kerana Sekolah akan bercuti dan sesi PdPR akan kembali tidak lama lagi, tentunya dengan melanggan pelan ini secara percuma dapat membantu para pelajar kekal berhubung secara digital dengan lebih baik. Ibu-bapa juga tidak perlu runsing memikirkan tentang peranti pintar yang tidak cukup untuk anak-anak belajar kerana YES akan memberikan telefon pintar secara percuma selama setahun.

Anda hanya perlu membuat permohonan melalui laman rasmi YES atau hubungi 018 3333 303 dan pihak YES akan menghantar telefon pintar dan kad SIM YES PRIHATIN kepada anda yang berjaya memohon secara percuma.

Untuk Memohon KLIK SINI

Baca Juga : Cara Mohon, Semak dan Tebus Program Jaringan Prihatin

UNTUK INFO LANJUT BANTUAN 2021 KLIK SINI!

Advertisement


(Visited 32 times, 1 visits today)

One Pingback

Leave a Comment