Kemaskini STR – Maklumat Pemohon Terkini

Cara untuk mengemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Tukar Status Perkahwinan Bujang kepada Berkahwin, No Akaun Bank, No Telefon dan Maklumat Anak, Permohonan Daftar dan Semakan STR 2023, Cara Login MySTR, Kelulusan dan Kelayakan, Semakan Status Online

Pembayaran Fasa 1 STR 2023

Tarikh pembayaran STR fasa 1 adalah seperti berikut

  • Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Portal MySTR

Merupakan portal rasmi yang disediakan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHNDM) bagi tujuan kemudahan orang ramai untuk membuat semakan, kemaskini dan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Portal ini boleh di akses mulai 17 Januari 2023 melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan MySTR

Untuk semakan status kelayakan pembayaran STR fasa 1 boleh disemak mulai 17 Januari 2023. Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut. Semakan boleh di buat dengan kaedah berikut ;

Semakan MySTR 2023 Online

  • Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Pilih menu Log Masuk 
  • Klik Semakan Pembayaran Fasa 1;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • iv. Masukkan Kata Laluan
  • v. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • vi. Maklumat yang akan dipaparkan
    • a. Nama Pemohon
    • b. No Mykad Pemohon
    • c. Status Permohonan d. Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Semakan MySTR 2023 Melalui Aplikasi

Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau

Semakan MySTR 2023 Melalui Panggilan Telefon

Anda boleh menghubungi ;

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

Semakan Melalui Kaunter LHDNM

Anda boleh hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Cara Login MySTR

  • Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
  • Pendaftaran MySTR
  • Layari portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  • Masukkan Maklumat Keselamatan.
  • Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  • Pendaftaran berjaya

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Kemaskini MySTR

Untuk makluman, bagi penerima BKM 2022, anda tidak perlu untuk membuat kemaskini STR 2023. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Apa Yang Perlu Kemaskini Dalam STR 2023?

Bukan semua maklumat perlu dikemaskini dalam portal Sumbangan Tunai Rahmah. Hanya ada beberapa sahaja yang perlu dikemaskini.

Antaranya ialah:

Nombor akaun bank

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini STR
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

Status perkahwinan

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah
  • Bagi yang berstatus, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.

Nombor telefon

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini STR
  • Jika gagal untuk kemaskini STR dengan nombor telefon yang baru, akan ada masalah
  • Anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

Maklumat anak

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini STR juga

Terlupa Kata Laluan MySTR

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Permohonan MySTR

Sekiranya selepas anda memakan pada menu Log Masuk MySTR tetapi mesej yang dipaparkan adalah “Tidak Layak Fasa 1 STR” atau “Tiada Rekod”.

Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda bukan penerima BKM 2022 sebelum ini.

Permohonan baru belum lagi di buka setakat ini dan akan dimaklumkan kemudian.

Syarat kelayakan MySTR dan pembayaran MySTR fasa 2 akan dikemaskini sekiranya ada maklumat terkini.

Notis Amaran

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan semakan kelayakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah penerima.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

TIADA CAJ yang dikenakan bagi semakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Penerima dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan str 2023 anda boleh rujuk terlebih dahulu Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023 .

Atau anda jugaboleh hubungi ;

Hotline LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 456
Advertisement


(Visited 486 times, 1 visits today)

Leave a Comment