Cara Mohon dan Semakan PKSK 2021 | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

YB Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan tentang pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pembatalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) baru-baru ini.

Oleh kerana itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Apakah PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

Format PKSK Terkini

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

  • Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
  • Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
  • Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

Cara Pelaksanaan PKSK 2021

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Cara Permohonan dan Semakan PKSK 2021

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Tarikh Permohonan dan Semakan Status PKSK 2021

Tarikh permohonan PKSK belum lagi dimaklumkan buat masa ini dan akan dikemaskini dalam waktu terdekat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Di Sini

Advertisement


(Visited 52 times, 1 visits today)

Leave a Comment