Cara Mohon Moratorium Automatik PKP 3.0 Bagi 22 Bank | B40, M40, T20 dan PKS

KEMASKINI!! MORATORIUM PKP 3.0 | PEMERKASA PLUS : TERKINI | PERMOHONAN MORATORIUM UNTUK B40, M40, PKS DAN GOLONGAN YANG TERJEJAS – MAYBANK, PUBLIC BANK, AMBANK, RHB BANK, CIMB BANK, BANK ISLAM, BSN, BANK RAKYAT, AFFIN BANK, MBSB BANK, HONG LEONG BANK, AL RAJHI BANK, SME BANK, AGROBANK, CITIBANK, HSBC, OCBC DAN LAIN-LAIN #Moratorium Peminjam PTPTN

Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan PKP 3.0 termasuk Bantuan pinjaman bersasar iaitu dalam bentuk Moratorium pinjaman selama 3 bulan atau Pengurangan bayaran ansuran 50% selama 6 bulan.

Di sini dikongsikan info terkini dari Bank Negara tentang moratorium automatik PKP 3.0 dan cara membuat permohonan di institusi perbankan masing-masing.

3 Kategori Kelayakan Moratorium Automatik PKP 3.0

KATEGORI 1 :

  • Individu hilang pekerjaan
  • Penerima BSH / BPR (B40)
  • PKS / perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP
  • Perusahaan Mikro – kemudahan pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000 (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp)

Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

  • i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU
  • ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

KATEGORI 2 :

  • Individu M40 & T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah

Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang

Berikut Cara Permohonan yang telah di tetapkan oleh Bank-bank yang berkenaan :-

#MAYBANK

i) Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40
Program Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank adalah pakej yang merangkumi pelbagai pilihan untuk meringankan beban kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang berkurangan akibat daripada Covid-19.

Bantuan ini disasarkan untuk membantu pelanggan B40 dan PKS mikro.
Pelanggan yang layak boleh memilih untuk:


• Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau

• Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Syarat Permohonan
Pelanggan individu yang layak bagi moratorium automatik seperti diumumkan pada 31 Mei 2021 adalah:
Individu B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)


ii) Bantuan Bayaran Balik Untuk M40
Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan.

Pinjaman apa yang dibenarkan untuk moratorium PKP 3.0 ini?

Berikut ialah senarai pinjaman yang dibenarkan:

Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing

  • Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)
  • Pinjaman pelajaran (education)
  • Pinjaman ASB (ASB financing)
  • Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)

Hire Purchase

  • Pinjaman kenderaan

Personal Loan / Financing

  • Pinjaman peribadi

Credit Card

  • Hutang kad kredit

Contoh dokumen tersebut termasuklah:
• Untuk pelanggan dalam penggajian : slip gaji 1 bulan yang terkini
• Untuk pelanggan bekerja sendiri :- Sekiranya akaun utama anda di Maybank, dokumen tidak diperlukan
– Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank 3 bulan yang terkini diperlukan

• Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.
• Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.

1. Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/
2. Klik COVID-19 Assistance
3. Pilih Kategori berdasarkan kelayakan anda
• Untuk B40 (TRA – Targeted Repayment Assistance)
• Untuk M40 (RA – Repayment Assistance)
4. Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau e-melkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke weassist@maybank.com
5. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.

6. Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Untuk PKS
Bagi PKS yang terjejas, anda boleh hantarkan e-mel kepada alamat  SMErelief@maybank.com dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.


Tarikh Permohonan
Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 1 Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline Maybank di 1-300 88 6688  ( Malaysia )atau+603-7844 3696 (Luar Negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.

Baca Juga : Cara Mohon dan Semakan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 Sebanyak RM1500

Cara Permohonan Moratorium Automatik & Pengurangan Bayaran Balik Ansuran Lain-lain Bank

Mereka yang berkenaan boleh menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui proses selanjutnya.

KEMASKINI!! | SENARAI BANK-BANK UNTUK PERMOHONAN MORATORIUM PKP 3.0 TAHUN 2021

Untuk memohon dan Semakan Kelayakan, permohonan bagi setiap bank di Malaysia yang BOLEH Di MOHON SECARA ONLINE dan telah mengemaskini borang permohonan moratorium adalah seperti berikut:

  1. Moratorium Maybank : KLIK SINI
  2. Moratorium Bank Rakyat => KLIK SINI
  3. Moratorium Bank Islam : KLIK SINI
  4. Moratorium CIMB => KLIK SINI
  5. Moratorium BSN: KLI KSINI
  6. Moratorium Public Bank => KLIK SINI
  7. Moratorium Ambank => KLIK SINI
  8. Moratorium RHB => KLIK SINI
  9. Moratorium Affin Bank => KLIK SINI
  10. Moratorium MBSB => KLIK SINI
  11. Moratorium Bank Muamalat => KLIK SINI
  12. Moratorium HSBC Bank => KLIK SINI
  13. Moratorium Kuwait Bank => KLIK SINI
  14. Moratorium CitiBank => KLIK SINI
  15. Moratorium Alliance Bank => KLIK SINI
  16. Moratorium AgroBank => KLIK SINI
  17. Moratorium Hong Leong Bank => KLIK SINI
  18. Moratorium SME Bank => KLIK SINI
  19. Moratorium Standard Chartered Bank => KLIK SINI
  20. Moratorium Al Rajhi Bank => KLIK SINI
  21. Moratorium UOB Bank => KLIK SINI
  22. Moratorium OCBC Bank => KLIK SINI

#Moratorium #Moratorium Pinjaman Kereta | Hire Purchase Car Loan #Moratorium Pinjaman Peribadi | Personal Loan #Moratorium Pinjaman Perumahan (Mortgage) | Home Financing PKP 3.0 |#Lanjutan Moratorium Bank

Untuk maklumat penuh, sila rujuk Bank Negara Malaysia di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank anda untuk butiran lanjut.

Baca Juga : BPR Tambahan PEMERKASA PLUS : Cara Semak dan Mohon Bantuan RM500 Untuk B40 | RM100 Untuk Bujang

Advertisement


(Visited 306 times, 1 visits today)

One Pingback

Leave a Comment