Rayuan STR 2023 – Kod Alasan Tidak Lulus

PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1 2023 | Anda tidak layak untuk terima bayaran STR 2023 | Ini adalah langkah untuk permohonan Rayuan serta sebab dan Kod tidak layak menyebabkan anda tidak Lulus.

KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR Fasa 1 adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR Fasa; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR Fasa 1 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

KOD ALASAN TIDAK LULUS STR

Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus NKM  melalui KOD TIDAK LULUS STR  yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS STR  adalah seperti berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31Status Perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34Pasangan meninggal dunia
35Anak meninggal dunia
36Pendapatan perlu pengesahan
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06).

  1. Permohonan STR Fsa 1 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
    • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
      • Berstatus pelajar pada tahun 2022/2023; atau
      • Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Saya masih belajar dan Permohonan STR FAsa 1 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan STR?
    • Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan STR. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2022/2023 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

PERMOHONAN RAYUAN STR TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai (Akan dikemaskini kemudian)

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1

Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat:

  • Secara dalam talian – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
  • Secara borang kertas – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.

* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
    • login ke dalam sistem MySTR klik PermohonanRayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN STR FASA 1

Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:

  1. Layari laman web rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
  2. Masukkan  no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status BKM anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN STRA FASA 1

Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀

KAEDAH PEMBAYARAN RAYUAN STR
Pembayaran Rayuan STR adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank
    • Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank
    • Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022

SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR

Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?

  • Ya boleh

Bilakah tarikh buka permohonan rayuan STR Fasa 1?

  • Akan dikemaskini kemudian

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan STR?

  • Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BKM

Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini, Semakan Status Kelulusan, Cara Mohon dan Daftar dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

https://www.semakan.online/Cara-Login-STR – Server 1

https://ekerajaan.com/Sumbangan-Tunai-Rahmah-STR-2023/ – Server 2

Advertisement


(Visited 340 times, 1 visits today)

Leave a Comment