INITIPATI | Perutusan Khas Perdana Menteri (PM) Mengenai Pelan Pemulihan Negara Pada 15 Jun 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri Pada 15 Jun 2021 | Jam 5.00 Petang ini (Secara Langsung) LIVE di RTM | TV3 | Astro Awani | Bernama TV | TV AlHijrah Live Streaming Online | Harap Maklum

Live Streaming Youtube Channel Buletin TV3

Laporan Penuh Akan Menyusul berkenaan Pelan Pemulihan Negara yang akan dibentangkan nanti.

Melalui Empat (4) Fasa Utama

  1. Fasa 1 – PKP Menyeluruh dan Perkhidmatan Perlu Sahaja.
  2. Fasa 2 – Perluasan Senarai Positif, Sektor Sosial Kekal Tutup
  3. Fasa 3 – Pendekatan Senarai Negatif, Sektor Sosial Dibuka Secara Berperingkat
  4. Fasa 4 – Pembukaan Penuh Termasuk Sektor Sosial

#Parlimen Boleh Bersidang dijangka pada SEPTEMBER @ OKTOBER dengan mengikut SOP yang ketat [ FASA 3]

#26 Juta dijangka diVAKSIN sehingga hujung tahun ini bagi mencapai IMUNITI KELOMPOK


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19 pada satu peringkat yang munasabah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pelan yang dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan COVID-19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya itu, akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.

“Beberapa menteri utama yang terbabit sudahpun duduk membentangkan secara kasar kepada saya. Pada dasarnya baik, tetapi belum lagi diperhalusi.

“Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu ‘exit strategy‘ atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar dari masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung pada kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak di sini hari ini yang turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. – BERNAMA – #Online Streaming

Info Penting lain :

Advertisement


(Visited 190 times, 1 visits today)

Leave a Comment