Cara Mohon dan Semakan Status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.

Pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media yang diadakan di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, hari ini.

Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan tersebut adalah;

  • Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
  • Jumlah peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.

Jumlah Bayaran BPR 2021

Jumlah BPR pula adalah seperti berikut:

GOLONGANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG)RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG)RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Pembayaran akan dilakukan sebelum Aidilfitri 2021 iaitu pada May 2021.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Langkah mengemaskini BPR secara online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR 2021 dengan maklumat yang terdahulu dari sistem BPN 2.0.

  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPR
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, buat masa ini tidak ada butang Kemaskini lagi
  9. Sila tunggu sehingga fungsi ini dikembalikan dalam BPR pada masa yang akan diberitahu nanti
  10. Tekan butang Kembali
  11. Jika sudah boleh kemaskini nanti, anda perlu buat Kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah
  12. Maklumat tersebut termasuk:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

Apakah itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.

Bilakah ianya diperkenalkan?

Ketika pembentangan bajet 2021

Adakah perlu membuat permohonan baharu?

Ianya akan menggunakan database BSH sebelum ini.

Berapakah bantuan yang akan diberi kepada keluarga dan juga bujang?

Boleh lihat jadual yang tertera di dalam artikel ini.

BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.

UNTUK INFO LANJUT BANTUAN 2021 KLIK SINI!

Advertisement


(Visited 36 times, 1 visits today)

Leave a Comment