Cara Semakan Bayaran BSH Terkini

Kementerian Kewangan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020 berjumlah RM300 bagi kategori isi rumah yang akan mula diagihkan pada 20 Januari 2020.

Proses agihan akan melalui fasa tapisan yang diperoleh daripada agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar layak sahaja untuk menerima BSH 2020.

Lim berkata, pangkalan data BSH 2019 sudah melalui beberapa proses tapisan daripada agensi kerajaan antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) untuk memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH.

Katanya, bagi memastikan program kali ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari hingga 15 Mac ini.

“Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020.

“Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat; pemohon orang kelainan upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Bagaimanapun, katanya lagi, pemohon perlu membuat permohonan baharu atau mengemas kini sekiranya belum mendaftar kategori baharu, permohonan 2019 tidak lulus dan OKU yang tidak tersenarai dalam e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.

“Setelah pangkalan data BSH 2020 dikemas kini, baki pembayaran bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off,” katanya.

Lim berkata, dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian itu, mereka yang tidak lulus dan belum menerima bantuan masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

Katanya lagi, penerima di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima kawasan itu yang tiada akaun akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my,” katanya.
Untuk info Lanjut :

=> Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

=> Permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang 2020 (BSH Bujang) RM300

SEMAK STATUS BAYARAN FASA 1 BSH 2020 SEKARANG!!

Advertisement


(Visited 50 times, 1 visits today)

One Pingback

Leave a Comment